Sunday, February 22, 2009

MAKLUMAT AM




SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT GADING
(BEA 8605)



Pengetua : PUAN SITI ENDON BT MOHAMAD DAHLAN
Penolong Kanan : Pn Nor Aziah bt Darus
Guru Media : Pn Siti Norita bt Salikin

Gred Sekolah : A
Bilangan Guru : 142 orang
Bilangan Pelajar Kelas Peralihan = 21 orang
Tingkatan Satu = 405 orang
Tingkatan Dua = 440 orang
Tingkatan Tiga = 392 orang
Tingkatan Empat = 293 orang
Tingkatan Lima = 287 orang
Tingkatan Enam = 119 orang
Jumlah = 1, 957 orang




MATLAMAT PUSAT SUMBER SMK BUKIT GADING

Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading ditubuhkan dengan matlamat seperti berikut :
  • Menyokong Falsafah Pendidikan Negara sebagai pusat pengumpulan, penyusunan dan penyebaran (penggunaan) maklumat.
  • Mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan mutu pendidikan melalui penggunaan dan penyebaran maklumat serta penghasilan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
  • Menggalakkan tabiat belajar dan kemahiran menggunakan kemudahan alat dan bahan


OBJEKTIF PUSAT SUMBER SMK BUKIT GADING

  • Menggalakkan pelajar menggunakan Pusat Sumber sebagai tempat pengumpulan dan penyebaran maklumat
  • Menggalakkan pelajar menggunakan Pusat Sumber sebagai tempat mengulangkaji pelajaran.
  • Menggalakkan pelajar mencari maklumat terkini dalam persediaan penghasilan bahan-bahan kerja kursus
  • Memupuk minat membaca di kalangan pelajar dan seterusnya melahirkan budaya ilmu yang positif
  • Melatih pelajar menggunakan dan mengeksploitasikan sumber untuk tujuan bermanfaat



VISI PUSAT SUMBER SMK BUKIT GADING

Pusat Sumber SMK Bukit Gading menjadi Pusat Maklumat Cemerlang di daerah Gombak menjelang Tahun 2010



MISI PUSAT SUMBER SMK BUKIT GADING

Untuk menjadi pusat Maklumat Cemerlang di daerah Gombak menjelang Tahun 2010, pihak pengurusan dan pentadbiran pusat sumber akan berusaha
  • Menyediakan koleksi bahan yang dapat digunakan untuk membantu perlaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum
  • Memupuk nilai murni budaya mencintai ilmu sepanjang hayat
  • Mewujudkan persekitaran ceria dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran
  • Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang sistematik berorientasikan teknologi maklumat
  • Menjalin kerjasama yang erat dengan komuniti khususnya pihak Persatuan Ibubapa dan Guru


PIAGAM PELANGGAN PUSAT SUMBER SMK BUKIT GADING
  • Memberi khidmat layanan mesra, bersopan dan peka kepada masalah pengguna
  • Berusaha menyediakan maklumat yang relevan dan terkini kepada warga sekolah
  • Menyediakan ruang dan suasana yang selesa kepada pengguna
  • Memberi khidmat pinjaman dan rujukan kepada warga sekolah

1 comment: